Saturday, June 15, 2013

Derma Darah sempena Hari Guru_16 Jun 2013

Tahniah kepada Guru Besar SK Nenasi, JK Derma darah dan pihak Hospital Daerah Pekan di atas kerjasama menjayakan program derma darah sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang 2013.

Untuk maklumat terkini Program Derma Darah pada 18 Jun 2013 (selasa), tempat pelaksanaan program bertukar dari SMK Dato' Mahmud Mat ke SMK Ahmad. Harap maklum & jangan ketinggalan untuk menderma darah. Selamat berjaya :)

Gambar-gambar pada sesi 1 (16 Jun 2013)

 Penderma ke-28
Kaunter pemeriksaan 
 Penderma ke-31
Guru Besar SK Langgar dan Cikgu SK Seri Terentang turut hadir menderma darah

Senamrobik dan Jambori Berbasikal " Jom Go Ahead Cikgu "

Tahniah kepada Guru Besar SK Kg, Acheh, semua AJK Senamrobik, barisan Instruktor serta jabatan-jabatan yang terlibat dalam pengurusan aktiviti ini. Terima kasih...

Peserta senamrobik 

Langkah bermula

Tahniah atas kehadiran dan semangat cikgu-cikgu SMK Peramu Jaya
Menunggu kayuhan bermula
Tahniah kepada semua penunggang dari Pekan, Rompin, Kuantan, Bera, Temerloh dan Cameron Highland. Kira-kira 100 peserta mengambil bahagian.
Pegawai Pelajaran Daerah Pekan mengalungkan cenderamata kepada peserta kayuhan

Friday, May 17, 2013

Hari Guru: Aktiviti-aktiviti sempena sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang 2013

Tentatif program :





Maklumat berkaitan aktiviti:
01. Program Ziarah Kasih
02. Jambori Berbasikal
03. Program Derma Darah
04. Program Senam Seni
05. Pertandingan Golf
06. Tahlil dan Solat Hajat
07. Forum / Seminar Pendidikan
08. Pertandingan Woodball
09. Pertandingan Memasak
* Maklumat lanjut di sini... Surat penyertaan
                                     ... Syarat & Borang Pertandingan
10. Jamuan Makan Malam
11. Majlis Perasmian Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang 2013.

* Segala maklumat dipaparkan tertakluk kepada pindaan. Terima Kasih 

Hari Guru: Lirik Lagu Transformasi Pendidikan Negara



TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA




DEMI MENJAYAKAN
MASA DEPAN MALAYSIA

MENERUSI PENDIDIKAN
BERKUALITI

DI KOTA DI DESA

ILMU DIKONGSI BERSAMA

MEMBINA POTENSI INSAN
YANG SEIMBANG

Hari Guru: Tokoh Guru Kebangsaan

Anugerah tokoh Guru diperkenalkan semenjak tahun 1972.  Anugerah ini menjadi lambang pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan, kewibawaan serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.  Sehingga tahun lalu, seramai 127 pendidik dan bekas pendidik sudah dianugerahkan pingat tersebut semenjak 1975 berdasarkan kriteria khusus yang ditetapkan.

Hari Guru: Teks Ucapan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi 1, Tahun 2013


Teks Ucapan TPM Sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Kali Ke-42
TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
DI MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-42
PADA 16 MEI 2013; PUKUL 8.30 MALAM
BERTEMPAT DI STADIUM TERTUTUP NILAI, NEGERI SEMBILAN
TEMA: “GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA”

Hari Guru: Ikrar

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Hari Guru: Lirik Lagu "Guru Malaysia"

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Hari Guru: Lagu " Guru Malaysia"


Hari Guru: Logo Hari Guru



Putih 
- Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak 
- Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning
- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang
  membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah
- Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru
- Menunjukkan perpaduan muhibah.
-

Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.

Hari Guru: Objektif Hari Guru Malaysia


  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
    pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam
    masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan
    -persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
    langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Hari Guru : 16 Mei


PENGENALAN


Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

© 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia

Thursday, May 16, 2013

Hari Guru: Tema Perayaan Hari Guru Kali Ke-42, 2013

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013


HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.


Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM